Saturday, May 10, 2014

Cincin LOVE

Hari ni, pasti anda bosan semasa berada di rumah kan ? Jadi, jom kita buat cincin sendiri.

LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE



Jadi, bagaimana ? sudah dapat idea macam mana nak buat kan ??

Friday, May 9, 2014

Buat rantai sendiri dengan menggunakan NAT

Rantai merupakan suatu kemestian yang wajib ada bagi setiap wanita, namun begitu terdapat segelintir dalam kalangan lelaki yang memakai rantai. Lain individu , lain minat dan kegemaran begitulah juga dengan kaum wanita, ada yang meminati rantai mutiara, manik, pandora, berbentuk huruf, misai dan sebagainya.

Tetapi tidakkah anda terfikir bahawa anda juga mampu membuat rantai sebegini ?
Dengan rekaan yang tersendiri ?
Dengan pilihan warna yang tersendiri ?
Material sendiri ?

Tak mengapa, mungkin anda sedang terfikir-fikir serta ragu untuk menjawab semua persoalan serta pertanyaan ini. Oleh itu , mari kita buka video yang telah saya selitkan di bawah ini.



Baiklah , mari kita list kan apa yang kita kena sediakan untuk buat rantai ini.

1) Tali ( besar sedikit, warna neon pun cantik juga, saiz macam tali seluar tu ye )
2) Nat

Lepas itu, dandan tali tersebut. Agak-agak dalam 3 inci, selepas itu baru letakkan nat tersebut secara berselang-seli. Sampailah nampak bersesuaian dengan anda. Selepas itu, bajetkan dalam 3 inci juga tanpa nat, untuk hujung rantai tersebut. Selepas itu, potonglah tali tersebut dan pakaiiii





*SEKADAR GAMBAR BELANJA

#KREATIF DAN INOVATIF

Thursday, May 1, 2014

KLIP KERTAS COMEL

Cuti minggu anda sudah semestinya bosan dengan tidak ada apa yang hendak dilakkan . Jadi apa kata sekiranya kita isi masa lapang anda dengan banyak benda yang berfaedah misalnya hias sesuatu seperti hias klip kertas ini untuk jadikan ianya lebih comel. Anda hanya memerlukan beberapa langkah sahaja. Mudah, senang dan ringkas.



Bracelat yang CANTIK

Bracelat merupakan salah satu aksesori yang wajib bagi seorang wanita. Jadi sudah semestinya anda menyukai bracelat tersebut. Sebenarnya tak payah nak bersusah-susah nak beli bracelat. Buat sendiri pun boleh juga lagi pula, kalau kita buat sendiri sudah semestinya akan kelihatan lain dari yang lain.


*** sekian



Sunday, April 6, 2014

Buat LIPSTICK Sendiri.

Hah ! Apa , buat lipstick sendiri ? Ya. Jangan rasa aneh dan pelik pula, lipstick ni kita buat sendiri.
Buat dengan menggunakan warna krayon



krayon , tak bahaya ke ? gunakanlah non-toxic crayon .

saya pun baru sahaja tengok di youtube tentang benda ni. tak paa, nanti kita cuba ya.

biarkanlah video youtube ini berbicara .



Tadaaa. Akhirnya berjaya juga kita, sekian.

* Lainkan , mereka punya minyak kelapa jika nak dibanding dengan minyak kelapa di negara kita ?

DOMPET DUIT YANG SUPER DUPER COMEL


Apakah yang ada di dalam fikiran anda pada ketika ini ?

MESTI MAHAL DOMPET TU . 
DEKAT MANA DIA BELI .
NAK JUGA .
ADA TAK WARNA LAIN SELAIN WARNA TU. 
DECORATION YANG LAIN SEDIKIT ADA TAK.

Sabar, sabar, macam-macam jenis ada. Awak nak warna apa pun boleh. Kenapa ? Sebab awak yang buat sendiri.

1) Mula, mula cari baju blouse yang tak digunakan atau kain lebihan iaitu kain perca
2) Jahitkan dia agar nampak dia itu macam beropol sedikit
3) Cantumkan dia dengan kerangka besi seperni ini
atau seperti ini ?

yang mana-mana pun tak mengapa

4) Tadaaa !!! dah siap pun . Tahniah , anda sudah berjaya.

* TAMBAHAN
      Anda boleh buatkan dompet ni bewarna-warni macam lolipop, jadi gunakanlah warna yang berlainan, colour blocking pun boleh juga.

KEYBOARD TAK COMEL ? Jangan risau

Mungkin anda rasa papan kekunci anda itu tak menarik, jadi anda pun tak tertarik untuk membuat apa-apa jua bentuk tugasan yang diberikan . Jangan risau , saya ada penyelesaiannya . Nak tahu tak bagaimana ? Sudah sepastinya anda perlu tahu.


Tengok gambar pun , dah rasa macam berkenan dah dihati , kan ? Iya tak ? WARNA-WARNI. Sedah semestinya.

Awak semua boleh hias papan kekunci awak tu dengan sesuka hatinya, dengan gembiranya , sebab awak sendiri yang buat .

macam, awak boleh pilih pita pelekat macam ini ke ,

atau macam ni ke ?


tunjukkan kreativiti anda sebagai suatu ikutan kepada orang lain.

CARA BUAT LOLIPOP DRESS


Cantik tak dress ni ? cantik kan . nampak simple sahaja kan ? Macam aiskrim lolipop ?

Mula sekali, kita carilah baju tshirt kita tak tak terpakai tu , kalau rasa nak letak banyak , letak je laaa, tetapi saya sarankan buatlah banyak mana pun mengikut kreativiti awak semua sebab awak yang pakai .

Macam baju diatas ni, dia menggunakan 4 helai t-shirt yang tak terpakai dan susunan warna tu haruslah menarik ya.

Baju yang atas sekali tu , awak perlu potong sampai paras pinggang sahaja, lepas tu , yang seterus terusnya, ikut krativiti la, awak semua nak potong menyerong ke apa-apa ka .

INGAT ! KREATIVITI ITU PENTING.

Sekian .

Friday, March 21, 2014

MACAM MANA NAK HIAS KASUT

Bosan dengan kasut yang sama ? Warna yang sama ? Pattern yang sama ? Kenapa mesti risau.
Just be  MORE  CREATIVE. Tengok lah gambar post saya yang terbaru ni.

DENGAN TENGOK GAMBAR SAHAJA , ANDAH DAH BOLEH TAHU DAH MACAM MANA NAK BUAT KASUT MACAM INI KAN ?

tentang jenis kasut tu, bergantunglah kepada si pemakai sama ada nak pakai sneakers jenis lain ka. Ikut keselesaan masing-masing.

Kain itu pula, ikutlah awak semua nak kain yang macam mana.

PENAMBAHAN !!!

Memandangkan blog saya ini berkisarkan mengenai kreativiti . Jadi, kita boleh lakukan banyak penambahan untuk kasut kita ini. Nak tahu tak macam mana ? Senang sahaja.




Ok, sekarang dah dapat dah idea kan , macam mana nak letak perhiasan dekat kasut. So, awak pasti akan teruja dengan kasut baru ni.

Selamat Mencuba (:

Sunday, March 16, 2014

POP UP CARD

Selamat Malam, malam ni saya kita akan buat satu pop up card. Mungkin anda boleh taip di carian google akan " POP UP CARD" . pasti akan naik banyak jenis kad pop up. tetapi bagi saya , kad pop up ynag paling senang bagi level beginner macam kita-kita ni ialah kad pop up ini. senangkan ?

 Baiklah , inilah template yang saya maksudkan. Macam mana nak buat pop up kad ini ?

  1. Download template yang diatas ini.
  2. Gunting di garisan tersebut. ( Jangan gunting di garisan putus-putus ya. )
  3. Lipat di bahagian garisan putus-putus tersebut.
  4. Dah siap. Tetapi belum siap sepenuhnya.
  5. Ambil sehelai kertas yang berlainan warna. Selepas itu lekat kan di kertas ini yang andah sudah lipat dan gunting itu ya.
  6. Lekatkan ketas tersebut menggunakan gam.
  7. Siap !
Semoga berjaya .

Tuesday, March 11, 2014

MY FIRST POST


salam perkenalan , ini post pertama untuk blog ini. nampak baru sangatkan ?
tak ada topik nak cerita untuk malam ni.
cuba teka yang mana satu tangan saya ?
saya seorang yang sukakan warna pink . tetapi bukanlah pink yang terang , jadi pink mudalah !!!
nak tidur, esok pagi macam biasalah . nama pun hari rabu.

selamat malam